suria

Selepas Kylie, Khloe Pula Hamil

Khloe dan teman lelakinya, Tristan Thompson dilaporkan bakal menimang cahaya mata.

BEBERAPA hari selepas berita kehamilan model Kylie Jenner tersebar, kini kakak tirinya juga dilaporkan bakal menimang cahaya mata.

TMZ melaporkan Khloe Kardashian sedang hamil tiga bulan hasil hubungannya dengan teman lelaki, Tristan Thompson yang juga seorang pemain bola keranjang.

Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang pengesahan dibuat oleh bintang realiti itu mengenai berita kehamilannya itu.

Khloe sebelum ini pernah berkahwin dengan Lamar Odom namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada Disember 2016.

Selain Kylie dan Khloe, seorang lagi ahli keluarga Kardashian bakal menimang cahaya mata adalah Kim namun dia menggunakan kaedah ibu tumpang.

Kim dan suami, penyanyi rap, Kanye West dijangka menyambut kelahiran anak ketiga mereka pada Januari depan.

Khloe Kardashian, Kylie Jenner

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain