suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Anggota Super Junior Renggang

ANGGOTA Super Junior, Yesung membuat satu pendedahan mengejutkan baru-baru ini apabila disoal mengenai hubungannya bersama ahli lain kumpulan itu.

Ketika diajukan soalan berhubung perkara itu, Yesung memberitahu mereka tidak rapat antara satu sama lain seperti disangkakan peminat.

"Salah satu sebab kami tidak dapat kekal sebagai sebuah kumpulan untuk tempoh lama adalah kerana hubungan kami tidak rapat.

"Kami sudah bersama lebih 12 tahun, kamu fikir kami semua rapat ke?," ujarnya seperti dilaporkan Koreaboo.

Kata Yesung, perkara itu bukan sesuatu yang pelik dalam sesebuah kumpulan muzik seperti mereka namun itu tidak bererti mereka bermusuh dan tidak boleh bekerjasama.

"Walaupun tidak rapat kita perlu mengenali antara satu sama lain dan cuba memahami ahli kumpulan kita walaupun ia bukan perkara mudah.

"Seperti Super Junior, meskipun kami tidak rapat tetapi kami semua tiada masalah antara satu sama lain," ujarnya.

Super Junior

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain