suria

Rihanna, Kekasih Keluar Berasingan Elak Paparazi

Rihanna dan kekasih keluar meninggalkan restoran secara berasingan. Foto: E! News

PENYANYI Rihanna dan teman lelaki iaitu Hassan Jameel dilihat meninggalkan sebuah restoran di London secara berasingan baru-baru ini.

Menurut laporan E! News, sumber berkata, Rihanna memakai jaket hitam dan skirt mini meninggalkan restoran tersebut pada pukul 2 pagi.

Manakala, Hassan menyusul 30 minit kemudian dan mereka bergerak bersama dalam sebuah kereta.

Gosip percintaan mereka mula tercetus pada Jun lalu selepas foto percutian mereka di Sepanyol tersebar di laman sosial.

Malah, mereka juga pernah dilihat keluar bersama di sebuah restoran di London pada bulan Ogos.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mahu mengulas lanjut mengenai hubungan mereka.

Hassan Jameel merupakan seorang jutawan dari Arab Saudi yang kini merupakan antara jejaka paling kerap dilihat bersama Rihanna.

Rihanna, Hassan Jameel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain