suria

T.O.P. (Big Bang) Disiasat Kerana Dadah

T.O.P. disiasat selepas ujian saringan mendapati dia menggunakan dadah jenis marijuana.

PENYANYI T.O.P. dilaporkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa atas tuduhan mengambil dadah jenis marijuana.

Bahagian Siasatan Jenayah Dadah Soul mengemukakan kes itu untuk disiasat selepas ujian saringan dadah dilakukan terhadap anggota kumpulan Big Bang itu didapati positif.

Siasatan lanjut terhadap kes itu mendapati T.O.P. mungkin mengambil dadah itu pada Oktober tahun lalu iaitu beberapa bulan sebelum dia menjalani latihan ketenteraan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada T.O.P. menggunakan dadah itu secara kerap atau pun sekadar suka-suka seperti dilaporkan Allkpop.

Dalam perkembangan lain, T.O.P. telah pun dipanggil untuk memberi kenyataan kepada pihak polis dan penyanyi itu menafikan ada mengambil dadah.

Pihak berkuasa turut menegaskan kedudukan T.O.P. yang kini bertugas di Balai Polis Gangnam sebagai sebahagian latihan ketenteraannya juga tidak akan terjejas atau memberi kesan kepada kes itu.

"Walaupun dia sedang berkhidmat sebagai anggota polis dia tetap dipanggil untuk siasatan namun kedudukan itu boleh berubah dari masa ke semasa," kata wakil polis.

Syarikat pengurusan penyanyi itu, YG Entertainment bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan itu.

T.O.P., Big Bang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain