suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Muzik Video Big Bang Cecah 100 Juta Tontonan

Big Bang mencipta sejarah apabila tujuh video muzik mereka mendapat tontontan lebih 100 juta di Youtube.

KUMPULAN Big Bang mencipta sejarah apabila tujuh video muzik mereka mendapat tontontan melebihi 100 juta di YouTube.

Soompi melaporkan Big Bang adalah satu-satunya kumpulan Kpop yang mencapai kejayaan itu malah video muzik terbaharu mereka, Let's Not Fall In Love baharu sahaja melepasi angka 100 juta tontonan.

Antara video muzik Big Bang yang turut mencipta sejarah ialah Fantastic Baby, Bang Bang Bang, Loser, Good Boy, Crooked dan Bad Boy.

Sementara itu, video muzik lagu Blue daripada album Alive (2012) dijangka menyertai senarai itu apabila ia kini mendapat 99.8 juta tontonan.

Dalam perkembangan lain, dua anggota Big Bang iaitu G-Dragon dan Taeyang akan tampil dengan projek solo tidak lama lagi.

Big Bang, G-Dragon, Taeyang

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia