suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelawak Charlie Murphy Meninggal Akibat Leukemia

PELAWAK Charlie Murphy meninggal dunia akibat leukemia pada Rabu, demikian menurut wakilnya, Domenick Nati.

Murphy berusia 57 tahun.

Mendiang pernah digandingkan dengan bintang terkenal, Rick James dan Prince dalam persembahan komedi Dave Chapelle dan membintangi beberapa filem, termasuk Jungle Fever, Night at the Museum dan Lottery Ticket.

Dia juga adalah penulis bersama dan muncul dalam beberapa filem adiknya, Eddie Murphy.

Menerusi Twitter, rakan pelawaknya, Chris Rock menyatakan kesedihan atas kehilangan bintang itu.

"Kami baru sahaja kehilangan salah seorang saudara yang paling lucu sepanjang zaman... Charlie Murphy RIP"

Isteri Murphy, Tisha Taylor Murphy, meninggal dunia akibat kanser serviks pada tahun 2009. -CNN

Charlie Murphy

Artikel Lain