suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Brad Pitt-Sienna Miller Ada Hubungan?

Brad Pitt dan Sienna Miller dikatakan mempunyai hubungan apabila dilihat mesra ketika menghadiri majlis makan malam bagi meraikan filem terbaharu mereka iaitu The Lost City of Z.

NAMPAKNYA Brad Pitt sudah melupakan Angelina Jolie selepas pelakon terkenal itu dikatakan sedang rapat dengan aktres Sienna Miller.

Walaupun kes perceraiannya dengan Angelina masih belum selesai namun Page Six melaporkan pasangan itu dilihat mesra ketika menghadiri majlis makan malam bagi meraikan filem terbaharu lakonan mereka iaitu The Lost City of Z.

Saksi yang turut menghadiri makan malam selepas tayangan perdana filem itu yang diadakan di Arclight, Los Angeles mendakwa pasangan itu seperti tidak dapat dipisahkan dan menghabiskan masa berdua untuk berbual sepanjang malam.

Bagaimanapun pada acara itu mereka turut ditemani oleh rakan-rakan yang lain.

Brad dan Sienna sebelum ini dikatakan pernah dikatakan bermain cinta ketika sedang menjalani penggambaran filem The Lost City of Z namun perkara itu disangkal oleh mereka.

Brad Pitt, Sienna Miller

Artikel Lain