Moon Chae Won Ambil Tindakan Terhadap Lelaki Mengaku Kekasihnya - Bintang Global | mStar

Moon Chae Won Ambil Tindakan Terhadap Lelaki Mengaku Kekasihnya

AKTRES Moon Chae Won mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan palsu seorang lelaki yang mengaku sebagai kekasihnya kepada umum.

Bintang The Innocent Man itu menafikan dakwaan tersebut sekeras-kerasnya dan mengambil keputusan membawa lelaki berkenaan ke mahkamah.

Terdahulu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Typhoon mengaku bercinta dengan pelakon itu sejak dua tahun lalu.

Dia yang mengaku bekerja sebagai seorang arkitek menulis tentang hubungan istimewa itu di blog peribadinya pada Rabu minggu lalu.

Sementara itu, agensi Moon Chae Won iaitu Namoo Actors menganggap individu berkenaan sering memncari publisiti murahan di media sosial.

Sebelum ini, lelaki itu pernah terkait dengan satu artikel yang melabelkan dirinya sebagai Presiden ke-19.

Moon Chae Won

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel