suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tayangan Episod Istimewa Lee Jun Ki Dibatalkan

BERITA percintaan antara Lee Jun Ki dengan Jeon Hye Bin yang mendapat perhatian peminat Kpop mengakibatkan sebuah program episod istimewa aktor itu dengan seorang artis lain terpaksa dibatalkan.

Program televisyen berjudul My Ears Candy 2 yang memaparkan keserasian gandingan pelakon itu dengan aktres Park Min Young dianggap tidak lagi relevan untuk disiarkan.

Penerbit tvN memberitahu, pada awalnya program itu dirakam berikutan keserasian pasangan ini sebagai sahabat yang paling romantik.

"Penonton suka kisah Lee Jun Ki dan Park Min Young, jadi kami menyiapkan sebuah episod istimewa, sayangnya produser menganggap ia sudah tidak sesuai ditayangkan buat masa ini," ujar wakil TvN seperti dipetik Allkpop.

Lee Jun Ki

Artikel Lain