suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Madonna Ditahan Miliki Dadah

Anak lelaki Madonna iaitu Rocco Ritchie ditahan polis kerana memiliki dadah jenis kanabis.
ANAK kepada penyanyi terkenal Madonna iaitu Rocco Ritchie ditahan selepas didapati memiliki dadah jenis kanabis baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan polis menjumpai dadah berkenaan dalam beg galas remaja berusia 16 tahun itu ketika ditahan berdekatan rumahnya di Primrose Hill, London.

Difahamkan penahanan Rocco itu dibuat penduduk di kawasan sekitar yang membuat laporan polis selepas melihat remaja itu menghisap dadah di kawasan tersebut bersama rakan-rakannya.

"Rocco dikenali di kawasan itu kerana dia adalah anak kepada bintang terkenal.

"Bagaimanapun penduduk tidak tahan dengan sikap remaja itu yang sering menghisap dadah secara terbuka di kawasan itu.

"Dia dikenali kerana sebab yang salah dan dia sepatutnya bersikap baik kerana ibu bapanya ialah orang ternama," kata sumber.

Sumber lain pula memberitahu Rocco bersikap demikian kerana protes terhadap ibu bapanya yang bergaduh besar merebut hak penjagaannya sebelum ini.

Rocco kini menetap di London bersama bapanya pengarah, Guy Ritchie.
Madonna, Rocco Ritchie

Artikel Berikut

Artikel Lain