suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justin Bieber Pukul Peminat Sampai Berdarah

Justin Bieber bertindak menumbuk muka peminatnya sehingga berdarah.
PENYANYI Justin Bieber dilaporkan menumbuk seorang peminatnya sehingga menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian mulut ketika tiba di lokasi konsertnya di Barcelona pada malam Selasa lalu.

Daily Mail melaporkan Justin menumbuk lelaki berkenaan melalui tingkap keretanya ketika pemuda itu cuba mendekatinya sebelum dia ditumbuk.

Pemuda yang ditumbuk Justin berdarah pada bahagian mulut.

Sumber memberitahu Justin bertindak memukul pemuda itu selepas dia cuba menyentuh dada penyanyi itu.

Keadaan lelaki itu berlumuran darah membuatkan peminat lain yang berada di tempat kejadian terkejut dan mempersoalkan tindakan Justin.

Terdahulu, Justin dilihat sempat beramah mesra dengan peminat ciliknya ketika ingin menikmati makan malam dan dilihat berada dalam keadaan ceria.

Justin Bieber

Artikel Sebelum

Artikel Lain