Joe Jonas Dimarahi Bapa Kerana Layari Laman Web Porno - Bintang Global | mStar

Joe Jonas Dimarahi Bapa Kerana Layari Laman Web Porno

PELAKON Joe Jonas, 27, mendedahkan dia pernah dimarahi oleh bapanya kerana sering menonton laman web porno ketika remaja.

Katanya seperti dipetik Nation Magazine, dia turut meletakkan alamat rumah setiap kali memasuki laman web porno sehingga menyebabkan dia menerima kiriman gambar-gambar bogel.

Perkara tersebut sampai ke pengetahuan bapanya yang membuka poskad dan gambar seksi tersebut.

"Saya memasukkan alamat rumah sebenar setiap kali melayari laman web porno itu sehinggakan datang berbagai surat dan gambar lucah ke rumah.

"Bapa saya pula seorang yang kuat agama terkejut menerima gambar-gambar itu dan memarahi perbuatan tersebut.

"Bukan itu sahaja pengirim surat turut menghantar perkataan-perkataan lucah di hadapan surat," ujarnya.

Selain itu, Joe berkata, dia mula meninggalkan tabiat tersebut sedikit demi sedikit selepas meningkat dewasa.

Joe Jonas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain