suria

Jung Chae Yeon Tolak 13 Tawaran Jadi Duta Produk

Jung Chae Yeon menolak 13 tawaran sebagai duta produk.

BEKAS anggota kumpulan DIA iaitu Jung Chae Yeon dilaporkan menolak 13 tawaran menjadi duta produk diterimanya sejak menyertai pertandingan Produce 101.

Soompi melaporkan Chae Yeon mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap program tersebut dan tidak mahu tumpuannya terganggu buat masa ini.

Nama Chae Yeon melonjak naik selepas menyertai program berkenaan sehingga dia menjadi rebutan pelbagai pihak yang mahu mengambilnya sebagai duta pelbagai produk.

Chae Yeon sebelum ini mengejutkan peminat apabila bertindak keluar daripada kumpulan DIA kerana ingin menyertai program Produce 101 yang mencari bakat baharu dalam bidang nyanyian dan lakonan.

Jung Chae Yeon, Produce 101

Artikel Lain