Diskriminasi Pelakon Kulit Hitam, Jada Pinkett Smith Boikot Anugerah Oskar - Bintang Global | mStar

Diskriminasi Pelakon Kulit Hitam, Jada Pinkett Smith Boikot Anugerah Oskar

Jada tidak berpuas hati dengan senarai pencalonan Anugerah Akademi tahun ini yang membelakangkan pelakon berkulit hitam.
JADA Pinkett Smith sedang mempertimbangkan untuk memboikot Anugerah Akademi ke-88 kerana tidak berpuas hati hanya pelakon berkulit putih dicalonkan.

Pelakon itu meluahkan perkara berkenaan di laman sosial miliknya ekoran sudah dua tahun berturut-turut pelakon berkulit hitam tidak tersenarai sebagai calon akhir.

"Anak seni berkulit hitam sentiasa dialu-alukan untuk memberi anugerah dan membuat persembahan tetapi jarang diberi pengiktirafan atas usaha keras dalam bidang seni," katanya.

Pegumuman yang dibuat di Los Angeles pada Khamis lalu memperlihatkan aktor seperti Will Smith, Idris Elba dan Samuel L. Jackson tidak tercalon walaupun lakonan mereka hebat.

Peminat yang turut tidak berpuas hati dengan perkara itu turut menempelak pihak Akademi dengan menggunakan hastag #OscarsSoWhite.

Filem The Revenant  mengungguli senarai pencalonan dengan 12 pencalonan termasuk Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Leonardo Dicaprio mendapat sorakan ketika namanya diumumkan sebagai salah seorang pencalonan menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.

Bintang tekenal itu sebelum ini pernah lima kali tercalon dalam kategori sama namun gagal membawa pulang sebarang trofi dan ramai berharap dia akan diumumkan sebagai pemenang atas kecemerlangan persembahannya dalam The Revenant.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain