suria

Isteri Hamil Tiga Bulan, Bumkey Bakal Jadi Ayah

PENYANYI rap Bumkey dilaporkan sedang melalui fasa bahagia dalam kehidupan rumah tangganya apabila isterinya dikhabarkan hamil tiga bulan.

Bumkey atau nama sebenarnya Kwon Ki Bum yang berkahwin dengan Kang Da Hye pada Jun 2014 itu, dijangka bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada Julai depan.

Perkara tersebut dinyatakan menerusi satu kenyataan media daripada pihak agensi Brand New Music pada Isnin.

"Ini merupakan berita gembira awal tahun oleh artis dibawah pengurusan kami iaitu Bumkey.

"Kami berharap peminat-peminatnya memberi ucapan tahniah dan terus menyokong kerjaya beliau," ujarnya.
Bumkey

Artikel Lain