suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chris Martin Amal Berpuasa Seminggu Sekali

Chris Martin berpuasa seminggu sekali.

VOKALIS kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin mendedahkan dia melakukan amalan berpuasa untuk meningkatkan kreativitinya dalam bidang muzik.

Chris berkata, berpuasa turut menjadikan tubuh badannya lebih sihat selain dapat menghargai kenikmatan kehidupannya.

"Saya mula berpuasa ketika saya sakit sebelum ini. Ada kenalan saya menyarankan agar saya berpuasa kerana ia akan membuatkan tubuh badan saya lebih sihat.

"Memang benar kesihatan saya semakin baik malah berasa segar selepas itu," katanya seperti dilaporkan The Sun.

Sejak daripada itu, Chris mengamalkan berpuasa seminggu sekali dan kehidupannya berubah selepas itu.

"Bukan sahaja kreativiti seni dan suara saya lebih baik tetapi paling penting saya dapat menghargai kehidupan dan makanan," katanya.

Chris Martin

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia