suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Simon Cowell Anggap Zayn Malik Biadap

Simon Cowell selar kenyataan bekas anggota One Direction, Zayn Malik terhadap kumpulan itu sebagai biadap.
SIMON Cowell menyelar sikap bekas anggota One Direction iaitu Zayn Malik yang menganggap genre diketengahkan kumpulan itu bukan muzik sebenar.

Mirror melaporkan Simon menyifatkan kata-kata Zayn itu sebagai biadap dan berharap dia dapat berfikir kembali berhubung kenyataan dibuat itu.

Sebelum ini, Zayn dalam satu temubual mendedahkan sebab utama dia meninggalkan One Direction pada Mac lalu disebabkan bosan dengan muzik kumpulan berkenaan.

Dakwanya pendapatnya berhubung hala tuju kumpulan itu juga tidak diendahkan dan perlu mengikut setiap yang diaturkan untuk mereka.

Zayn Malik.

"Saya rasa bila dia ada peluang untuk berfikir semula dia mungkin akan menyesal. Apa yang dikatakan tentang One Direction adalah biadap," kata Simon yang juga mentor kumpulan itu ketika mereka menyertai program X-Factor.

Tambah Simon, kenyataan itu bukan sahaja tidak adil untuk anggota lain dalam kumpulan itu tetapi melibatkan banyak pihak.

"Bayangkan apa penulis dan komposer yang mencipta lagu popular untuk mereka akan rasa dengan kenyataan itu?," katanya.

Zayn Malik, Simon Cowell

Artikel Berikut

Artikel Lain