suria

Rain Ambil Tindakan Terhadap Pengikut Beri Komen Negatif

RAIN tetap berdepan dengan golongan hatersyang sering memberi komen negatif terhadapnya walaupun dia mempunyai ramai peminat.

Menurut laporan Soompi, ekoran perkara itu, Rain menerusi agensi miliknya iaitu R.A.I.N pada Isnin lalu membuat pengumuman akan menyekat mana-mana pihak yang meletakkan komen buruk terhadapnya.

"Sudah lama pihak kami perhatikan komen-komen buruk yang diberikan atas tujuan mahu menjatuhkan Rain.

"Oleh itu pihak kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengutuk tanpa sebab. Laman sosial mereka juga akan disekat oleh pihak kami," kata agensi tersebut.

Sejak akhir-akhir ini Rain sering diberi komen-komen berbaur negatif di laman sosial miliknya lebih-lebih lagi dia dikhabarkan bakal berkahwin.
rain

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain