suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Megan Fox Anggap Laman Sosial Sebagai Toksik

Megan tidak akan mendedahkan dunia media sosial kepada dua anaknya.

PELAKON Megan Fox tidak akan mendedahkan dua anaknya Noah dan Bodhi kepada dunia media sosial kerana menganggap ia tidak sihat untuk perkembangan mereka.

"Saya bukan seorang peminat media sosial. Saya rasa ia mempunyai toksik yang membahayakan untuk kanak-kanak dan perkembangan mereka.

"Sebab itu saya tidak mahu anak-anak saya mendekati aplikasi seperti Twitter atau Instagram dan mahu mereka mempunyai kehidupan normal," katanya seperti dilaporkan E Online.

Dalam pada itu, Megan berkata, sebagai ibu dia berasa bertanggungjawab untuk melindungi anak-anaknya daripada anasir tidak baik menerusi sosial media.

Malah dia berharap ibu bapa lain turut mengawal penggunaan aplikasi tersebut kerana ia lebih mendatangkan bahaya daripada kebaikan tanpa disedari.

"Apa yang saya perhatikan kanak-kanak sekarang juga sudah mula bersaing di laman sosial seperti siapa yang mempunyai pengikut paling ramai dan jumlah 'like' pada gambar yang dimuat naik.

"Pernah seorang peminat kanak-kanak menghantar mesej kepada saya di Twitter meminta agar mengikuti laman sosialnya dan sekiranya saya tidak berbuat demikian dia akan membunuh diri.

"Pada saya itu adalah perkara paling mengejutkan dan tidak sepatutnya berlaku," jelasnya.


Megan Fox

Artikel Lain