suria

'Real' Filem Terakhir Kim Soo Hyun Sebelum Sertai Latihan Tentera

Kim Soo Hyun

PELAKON Kim Soo Hyun kini sedang sibuk dengan persediaan untuk penggambaran filem Real yang mungkin menjadi filem terakhirnya sebelum menyertai latihan wajib ketenteraan.

Wakil agensi pelakon tersebut, Keyeast memberitahu, Kim Soo Hyun bakal mula penggambaran pada Januari 2016.

Ketika ditanya sama ada ia adalah filem terakhir pelakon itu, agensi tersebut berkata mereka juga tidak pasti tentang itu.

"Kami belum tahu, ketika ini Kim Soo Hyun hanya ingin fokus terhadap filem tersebut sahaja," ujarnya.

Real merupakan filem aksi di mana Kim Soo Hyun membawakan watak Jang Tae Young yang merupakan orang paling berpengaruh di negerinya.

Real, Kim Soo Hyun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain