suria

Luhan Hentikan Sementara Aktiviti Seni

PENYANYI dan pelakon Luhan dilaporkan menghentikan sementara waktu kegiatan seninya kerana masalah kesihatan.

Agensi pengurusan artis itu juga memberitahu mereka terpaksa membatalkan beberapa acara bertemu peminat kerana keadaan tubuh yang tidak mengizinkan.

"Luhan pergi ke hospital kerana berasa tidak sihat dan doktor memintanya untuk berehat terlebih dahulu. Setelah berbincang, Luhan juga membatalkan acara bertemu peminat yang sepatutnya diadakan pada 7 dan 8 Disember," ujarnya.
Bagaimanapun, agensi memberitahu agar peminat-peminat tidak terlalu bimbang dengan kesihatan penyanyi itu.

Katanya, Luhan akan kembali setelah benat-benar sembuh.
Luhan

Artikel Lain