suria

Liam Payne (One Direction) Azam Berhenti Merokok

Liam Payne berazam untuk meninggalkan tabiat merokok.
ANGGOTA kumpulan One Direction iaitu Liam Payne berazam untuk meninggalkan tabiat merokok sebagai satu resolusi bersempena kedatangan tahun 2016.

Majalah People melaporkan, Liam sedar sukar untuknya berhenti tabiat itu namun dia akan mencuba demi menjalani kehidupan lebih sihat.

"Saya akan cuba walaupun susah tetapi saya mahu berhenti merokok. Sudah sampai masanya saya berubah," katanya.

Manakala rakannya, Niall Horan pula memberitahu azamnya pada tahun hadapan untuk menghabiskan lebih masa di pusat kecergasan.

"Sebelum ini saya sentiasa mencuri masa untuk bersenam namun kesibukan bersama One Direction kadang-kadang membuatkan saya terlupa untuk menjaga kesihatan.

"Kedatangan 2016 adalah titik permulaan saya untuk kembali aktif bersenam dan menjaga kesihatan," ujarnya.
Liam Payne, One Direction

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain