suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Anggota Roo'ra, Go Young Wook Keluar Penjara

Go Young Wook dipenjara selama dua tahun lima bulan selepas didapati bersalah mencabul kehormatan tiga remaja dibawah umur di antara tahun 2010 hingga 2012.

PENGHIBUR dan bekas anggota kumpulan Roo'ra, Go Young Wook telah dibebaskan selepas menjalani hukuman selama dua tahun lima bulan di penjara.

Young Wook ketika ditemui di perkarangan penjara sejurus dibebaskan menundukkan kepalanya sambil memohon maaf secara terbuka kepada semua peminat atas kesalahan dilakukan sebelum ini.

"Dua tahun di dalam penjara bukan satu tempoh yang singkat tetapi ia juga memberi peluang kepada saya untuk muhasabah diri.

"Saya minta maaf atas kesalahan yang saya lakukan sebelum ini," katanya.

Selebriti itu sebelum ini didapati bersalah kerana mencabul kehormatan tiga remaja yang bawah umur di antara Julai 2010 dan Disember 2012.

Biarpun telah dibebaskan, Young Wook diwajibkan untuk memakai gelang elektronik pada bahagian kaki bagi mengesan kedudukannya untuk tempoh tiga tahun selain laporan jenayahnya akan direkodkan untuk pengetahuan umum selama lima tahun.

Young Wook bagaimanapun enggan memberikan jawapan sama ada dia akan kembali dalam bidang hiburan atau pun tidak selepas ini.

Go Young Wook.

Artikel Berikut

Artikel Lain