suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluarga Yakin Mendiang B.B. King Mati Diracun

B.B. King meninggal dunia pada 14 Mei lalu.

AHLI keluarga kepada mendiang gitaris dan penyanyi terkenal, B.B. King yakin lelaki berkenaan mati dibunuh akibat diracun.

Anak perempuannya, Patty King dan Karen Williams membuat dakwaan itu dan telah memfailkan afidavit di mahkamah agar perkara itu disiasat.

"Saya percaya bapa saya telah diracun dan kematiannya dirancang," katanya seperti dilaporkan CNN.

Siasatan sedang berlangsung berhubung dakwaan berkenaan dan keputusan hanya akan diketahui dalam masa enam minggu.

Kedua-dua mereka menuduh pengurus dan pembantu peribadi bapa mereka iaitu Laverne Toney dan Myron Johnson bertanggungjawab ke atas perkara itu.

Bagaimanapun peguam kepada Toney mendedahkan dakwaan berkenaan tidak benar dan kedua-dua wanita itu mempunyai motif terhadap tuduhan tersebut.

"Tuduhan itu mengarut dan mereka hanya mahukan wang," ujarnya.

B.B. King meninggal dunia pada 14 Mei lalu di sebuah rumah jagaan di Las Vegas.

Doktor yang melakukan siasatan ketika kejadian mengesahkan pemuzik itu meninggal dunia kerana penyakit angin ahmar.

B.B. King.

Artikel Lain