suria

Gigi Hadid & Lewis Hamilton Dilaporkan Jalin Hubungan Cinta

MODEL dan pengacara Gigi Hadid dikhabarkan kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama pemandu kereta F1 iaitu Lewis Hamilton.

Daily Mail melaporkan, beberapa keping gambar mesra bersama tersebar di media sosial baru-baru ini yang mengukuhkan hubungan itu.

"Pasangan tersebut dilihat begitu mesra ketika berjalan bersama sambil berpimpingan tangan dan gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan Gigi pernah melawat Lewis semasa perlumbaan di Monako.

"Ini bukan merupakan kali pertama Gigi dilihat menemani Lewis ketika perlumbaan F1, malah mereka juga amat mesra," kata sumber.

Namun media melaporkan sehingga kini pasangan tersebut masih belum tampil untuk membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan cinta mereka.
Lewis Hamilton, Gigi Hadid

Artikel Lain