suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iggy Azalea Lakukan Pembedahan Plastik Pada Wajah

Iggy Azalea
PENYANYI rap Iggy Azalea dikatakan telah melakukan pembedahan plastik pada bahagian wajahnya setelah beberapa keping gambar perubahan dirinya tersebar di media sosial.

Menurut laporan E! Online, Iggy dipercayai melakukan pembedahan pada bentuk dagu dan hidung kerana dia tidak menyukai bentuk asal wajahnya itu.

"Dia sangat berpuas hati dengan pembedahan plastik pada bahagian dadanya dan kini dipercayai melakukan pembedahan pada bahagian hidung serta dagunya secara serentak," kata sumber.

Terdahulu Iggy dikatakan mempunyai hasrat untuk melakukan pembedahan plastik gara-gara salah satu gambarnya diejek kerana mempunyai selulit menerusi sebuah wawancara.

Media melaporkan sehingga kini Iggy masih belum tampil untuk membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai pembedahan plastik itu.
Iggy Azalea

Artikel Lain