suria

Baek Jae Hyun Lakukan Gangguan Seksual Di Sauna

Baek Jae Hyun
BEKAS pelawak dan pengarah, Baek Jae Hyun, 45, dilaporkan akan ditahan oleh pihak berkuasa kerana mencabul kehormatan seksual seorang lelaki di sauna.

Menerusi laporan Allkpop, Baek dikatakan telah menyentuh kemaluan seorang lelaki yang sedang tidur di dalam bilik khas sauna yang terletak di Jongno, Seoul.

Pihak berkuasa Korea memaklumkan dia akan dikenakan tindakan yang sewajarnya dan kes tersebut akan dihantar ke pejabat pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Baek menafikan dirinya seorang homoseksual di dalam satu temubual yang diadakan selepas kejadian tersebut didedahkan oleh media.

"Ini sangat tidak masuk akal kerana saya bukan seorang gay. Cerita yang disampaikan ini hanya khabar angin semata-mata," katanya mempertahankan maruah.
Baek Jae Hyun

Artikel Lain