Petronas Catat Keuntungan Lebih Tinggi - Niaga | mStar

Petronas Catat Keuntungan Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR: Petronas telah mencatat keuntungan selepas cukai lebih tinggi sebanyak RM10.0 bilion pada suku ketiga berakhir 30 September 2017 berbanding RM6.1 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Syarikat minyak negara itu berkata, keuntungan lebih kukuh itu disebabkan pendapatan lebih tinggi, di samping susut nilai bersih lebih rendah ke atas aset dan kos telaga minyak, tetapi diimbangi oleh kenaikan perbelanjaan cukai, kos produk serta pelunasan hartanah minyak dan gas.

Pendapatan kumpulan pada suku berkenaan berjumlah RM53.7 bilion, meningkat 14 peratus daripada RM47.01 bilion pada suku yang sama tahun lepas, dipacu purata harga direalisasi lebih tinggi untuk produk utama dan kesan kadar pertukaran asing.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, kumpulan itu kekal komited untuk meningkatkan kecekapan dalam semua operasi dan akan terus memberi tumpuan kepada inisiatif transformasi yang telah menghasilkan keputusan yang ketara.

"Kami merancang meningkatkan usaha untuk mengambil peluang daripada pemulihan harga minyak agar Petronas mengakhiri tahun ini dengan kukuh," katanya dalam satu kenyataan. Khamis.

Pelaburan modal pada suku tersebut berjumlah RM12.5 bilion, terutama untuk projek Pembangunan Bersepadu Kilang Penapisan dan Petrokimia di Johor.

Bagi tempoh kumulatif berakhir 30 September 2017, keuntungan terkumpul Petronas berada pada RM27.3 bilion berbanding RM12.5 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, terutama disebabkan susut nilai bersih dan kos telaga minyak yang lebih rendah.

Pendapatan pada tempoh tersebut berada pada RM161.8 bilion berbanding RM140.7 bilion sebelum ini, terutama disebabkan purata harga direalisasi lebih tinggi serta kesan kadar pertukatan asing.

Berikutan pemulihan sederhana harga minyak dan usaha berterusan menambah baik kecekapan, Petronas menjangka keseluruhan prestasi akhir tahun kumpulan akan lebih baik daripada tahun lepas.

Volum kelayakan minyak mentah, pemeluawapan dan gas asli kumpulan bagi tempoh berakhir 30 September 2017 berada pada 1.74 juta tong minyak bersamaan (BOE) sehari berbanding 1.75 juta BOE dalam tempoh sama tahun lalu, sejajar dengan kemerosotan pengeluaran.

Jumlah volum pengeluaran ialah 2.29 juta BOE sehari berbanding 2.33 juta BOE sehari dalam tempoh sama setahun sebelumnya.

Jumlah aset merosot kepada RM600.3 bilion setakat 30 September 2017 berbanding RM603.4 bilion pada 31 Disember 2016 disebabkan pengukuhan ringgit berbanding dolar US.

Ekuiti pemegang saham berkurang kepada RM380.3 bilion, terutama disebabkan dividen akhir sebanyak RM13.0 bilion kepada kerajaan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 (FY16).  Dividen sementara berjumlah RM3.0 bilion yang diisytihar untuk FY17 serta kesan kadar pertukaran asing diimbangi sebahagiannya oleh keuntungan yang dijana semasa tempoh tersebut.

Nisbah penggearan menurun kepada 17.3 peratus setakat 30 September 2017 berbanding 17.4 peratus pada 31 Disember 2016.

Pulangan ke atas modal purata diguna telah meningkat kepada 8.6 peratus setakat 30 September 2017 berbanding 5.4 peratus setakat 31 Disember 2016, seiring dengan keuntungan lebih tinggi yang dicatat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lufthansa Tingkat Penggunaan Jet Jumbo

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain