suria

Lufthansa Tingkat Penggunaan Jet Jumbo

BERLIN: Syarikat penerbangan terbesar Jerman, Lufthansa terpaksa memperbanyakkan penggunaan jet jumbo untuk mengimbangi kekurangan kapasiti trafik udara disebabkan kemuflisan Air Berlin, lapor agensi berita China Xinhua.

Jumlah penerbangan jet jumbo ke Berlin akan meningkat kepada 90 pada Disember.

Sementara itu, Pesawat Boeing 747-400 akan terus beroperasi di antara Berlin dan Frankfurt untuk tempoh tiga minggu pertama bulan depan, kata jurucakap Lufthansa kepada media.  Boeing 747-400 adalah pesawat komersil kedua terbesar di dunia selepas Airbus A380 dan boleh membawa lebih 350 penumpang.

Kebiasaannya, Lufthansa bergantung kepada pesawat Airbus A320 yang lebih kecil untuk penerbangan domestik.

Lufthansa kini menumpukan kepada lonjakan permintaan untuk perkhidmatan penerbangan di kawasan pedalaman.

Walaupun pada 12 Oktober lepas, Lufthansa bersetuju membeli sebahagian besar perniagaan Air Berlin, namun ia masih bergelut untuk menampung kekurangan permintaan untuk laluan popular, yang sebelum ini dikendalikan oleh syarikat penerbangan muflis itu.

Pengarah Lufthansa, Harry Hohmeister menegaskan penggunaan sementara jet jumbo tidak menguntungkan bagi syarikatnya.

Bagaimanapun, beliau berharap usaha itu akan berhasil memandangkan Lapangan Terbang Tegel Berlin tidak direka untuk menampung pesawat besar.

Pada asasnya, Lufthansa berhasrat meningkatkan perkhidmatannya di laluan Berlin-Frankfurt dengan menggunakan lebih banyak pesawat Airbus A321 yang boleh mengangkut sehingga 200 penumpang.

Air Berlin diisytiharkan muflis pada Ogos lepas, berikutan mencatatkan kerugian sejak beberapa tahun kelelakangan selain keputusan pemegang saham terbesarnya, Etihad Airways untuk menghentikan pembiayaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Samsung Galaxy S8 Red Pula

Artikel Lain