Miti Sasar Lahirkan Dua Vendor Bertaraf Global Tiap Tahun - Niaga | mStar

Miti Sasar Lahirkan Dua Vendor Bertaraf Global Tiap Tahun

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berhasrat melahirkan sekurang-kurangnya dua vendor bertaraf jaguh nasional, serantau dan antarabangsa pada setiap tahun.

Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Miti turut menyasarkan 40 syarikat baharu untuk menyertai Program Pembangunan Vendor (PPV) Bumiputera bagi memastikan negara mempunyai vendor-vendor berkualiti yang bertaraf antarabangsa dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11.

"Kita letakkan satu sasaran kualitatif dan satu kuantitatif. Kualitatif bermakna sasaran kita untuk memastikan kualiti produk-produk dihasilkan oleh syarikat-syarikat teraju ini adalah setara dengan kualiti syarikat-syarikat ternama luar negara.

“Kita juga ingin melihat lebih banyak lagi vendor iaitu dengan pertambahan sebanyak 40 vendor bagi setiap tahun,”  kata beliau dalam temubual eksklusif bersama Bernama News Channel, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata sehingga Julai 2017, seramai 1,440 vendor menyertai PPV menerusi 21 syarikat teraju.

Beliau berkata bagi memperkasakan program berkenaan, MITI telah melaksanakan beberapa aktiviti sokongan seperti sesi padanan perniagaan menerusi program GLC ExplorAce.

"Ia satu program untuk kita mengetengahkan dan mempamerkan produk-produk keluaran vendor bagi memberi semangat dan dorongan kepada pihak-pihak lain,” katanya.

Mustapa berkata, program ExplorAce yang dianjurkan bersama UEM dan Sime Darby itu juga telah memasuki tahun kelima penganjurannya.-- Bernama  


Miti , Mustapa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Arab Saudi Lancar Projek Laut Merah

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut