suria

Untung Sebelum Cukai Suku Kedua MAHB Melonjak

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada suku kedua berakhir 30 Jun 2017 melonjak kepada RM92.31 juta berbanding RM17.51 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pengendali lapangan terbang itu berkata, pendapatan meningkat kepada RM1.09 bilion daripada RM997.6 juta sebelum ini.

MAHB berkata, trafik penumpang yang dikendalinya telah meningkat kepada 47.3 juta tahun ke tahun berbanding 42.1 juta sebelum ini dan trafik penumpang antarabangsa serta domestik masing-masing bertambah 15.1 peratus dan 9.4 peratus.

“Trafik penumpang di terminal utama KLIA melambung 23.3 peratus tahun ke tahun (antarabangsa: 24.4 peratus, domestik: 20.1 peratus) dan trafik penumpang di klia2 meningkat 7.2 peratus (antarabangsa: 7.7 peratus, domestik: 6.1 peratus).

MAHB berkata, ia menjangka peningkatan pertumbuhan penumpang dipacu oleh fakor seperti langkah-langkah pengenduran visa untuk China an India dan pertambahan pengembara tempatan serta perjalanan umrah, tambang kompetitif dan kadar pertukaran yang menarik untuk pelancong asing.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain