Arab Saudi Lancar Projek Laut Merah - Niaga | mStar

Arab Saudi Lancar Projek Laut Merah

RIYADH: Arab Saudi melancarkan projek pelancongan antarabangsa dikenali 'Projek Laut Merah', dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menarik lebih ramai pelancong, memetik agensi berita Arab Saudi (SPA).

Perkara itu, diumumkan Pengerusi Dana Pelaburan Awam, Timbalan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al Saud pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.

Beliau berkata, projek dilaksanakan dengan kerjasama sebuah syarikat hotel terbesar dunia dan apabila siap kelak bakal menjadi antara lokasi pelancongan yang memiliki keindahan semula jadi.

Resort akan dibina antara bandar Amlaj dan Al-Jawh dengan mempunyai 50 pulau semulajadi di Laut Merah, hanya beberapa kilometer dari rizab dilindungi kerajaan dan gunung berapi aktif di kawasan Harat Alrahat.

Kerja-kerjas asas dijangka siap pada suku ketiga 2019 dan fasa pertama pembinaan dijadual siap pada suku akhir 2022.

Projek itu adalah selaras dengan pelan pembangunan ekonomi Arab Saudi di bawah Wawasan 2030, yang menyenaraikan pelancongan sebagai antara sektor ekonomi paling penting.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Model buta sebelah kerana tatu mata