Exim Bank Sumbang Peralatan Perubatan Bernilai RM100,000 - Niaga | mStar

Exim Bank Sumbang Peralatan Perubatan Bernilai RM100,000

KUALA LUMPUR: Export-Import Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank) pada Isnin menyumbang peralatan perubatan bernilai RM100,000 kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Norzilah Mohammed berharap hospital berkenaan akan menggunakan sepenuhnya peralatan tersebut, yang terdiri daripada peranti penumpu oksigen, mesin bantuan pernafasan, tilam beralun dan kerusi roda.

"Sebelum ini, program CSR kami dalam segmen penjagaan kesihatan hanya termasuk kempen derma darah. Tahun ini, kami memutuskan untuk melakukan sesuatu yang berbeza, memandangkan jumlah pesakit yang semakin meningkat di HKL yang mencecah 1.3 juta tahun lepas.

"Kami juga menyedari yang hospital ini memerlukan peralatan perubatan canggih.

"Ini merupakan peluang yang baik bagi Exim Bank untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik," katanya pada sidang media selepas menyampaikan cek kepada Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain.

Sementara itu, Dr Zaininah berkata HKL berterima kasih di atas sumbangan  Exim Bank memandangkan ia akan meningkatkan lagi keupayaan hospital dalam menyediakan penjagaan kesihatan terbaik kepada pesakit.

Beliau berkata hospital mengalu-alukan sebarang sumbangan memandangkan ia dapat mengurangkan perbelanjaan operasi kerana bil utiliti sahaja mencecah sehingga RM30,000 sehari.

Exim Bank , Niaga , HKL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain