Pelanggan UniFi Nikmati Kelajuan Dua Kali Ganda - Niaga | mStar

Pelanggan UniFi Nikmati Kelajuan Dua Kali Ganda

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd mengumumkan Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar untuk tahun 2017 bagi menyediakan tawaran dengan nilai yang lebih tinggi kepada rakyat Malaysia.

Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar itu akan memberi manfaat kepada pelanggan kediaman Telekom Malaysia bagi jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dan kawasan projek jalur lebar pinggir bandar.

Di bawah inisiatif ini, purata kelajuan jalur lebar untuk pelanggan kediaman UniFi akan meningkat dua kali ganda namun ditawarkan dengan harga yang sama.

Pelanggan yang layak di seluruh negara akan mula menikmati faedah naik taraf itu secara berperingkat bermula Januari 2017.

Di samping itu, Telekom Malaysia juga akan memperkenalkan tawaran pakej jalur lebar baharu untuk pelanggan bukan UniFi pada tahun 2017.

Setakat ini, Telekom Malaysia mempunyai lebih daripada 2.37 juta pelanggan jalur lebar di mana lebih 900,000 daripadanya adalah pelanggan UniFi.

Lebih daripada 60 peratus daripada pelanggan jalur lebar Telekom Malaysia kini berada dalam pakej 4Mbps dan ke atas, manakala kira-kira 68 peratus daripada pelanggan UniFi adalah bagi pakej 10Mbps dan ke atas.

Telekom Malaysia , Jalur Lebar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.