suria

MPOB Terima Tiga Pingat Emas, Anugerah Khas Institut Maklumat Paten Korea

KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menerima tiga pingat emas dan satu anugerah khas daripada Institut Maklumat Paten Korea pada Pameran Reka Cipta Antarabangsa Seoul 2015 (SIFF 2015).

Teknologi MPOB yang memenangi anugerah pingat emas meliputi pengeluaran papan gentian (MDF) berketumpatan sederhana, penggunaan jentera dalam merawat pokok sawit yang dijangkiti penyakit perebutan akar basal dan penghasilan poliuretana daripada minyak masak yang telah digunakan.

Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Choo Yuen May berkata agensi itu bangga menerima perakuan itu.

"Lebih penting lagi teknologi terbabit meluaskan lagi potensi dan tarikan ekonomi ke atas sektor minyak sawit," katanya menerusi satu kenyataan.

Anugerah khas pula diraih menerusi teknologi ke atas penggunaan batang pokok sawit untuk penghasilan MDF.

SIFF 2015 yan berlangsung dari 26 hingga 28 Nov, dihoskan oleh Pejabat Hak Harta Intelek Korea dan dikelolakan oleh Persatuan Mempromosi Reka Cipta Korea.

Sejumlah 525 inovasi, dari 33 negara, termasuk 65 dari Malaysia, dinilai pada SIFF 2015.-- Bernama

MPOB, Choo Yuen May, Korea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain