Malaysia Sedia Wujudkan Pakatan Pelabuhan Dengan China - Niaga | mStar

Malaysia Sedia Wujudkan Pakatan Pelabuhan Dengan China

SEGAMAT: Pelabuhan di Malaysia sedia mewujudkan pakatan dengan pelabuhan di China bagi mengukuhkan aktiviti perdagangan di antara kedua-dua negara.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pakatan itu juga penting bagi menyokong usaha China melaksanakan inisiatif Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dalam menyuburkan aktiviti perdagangan di rantau ini.

"Malaysia mempunyai banyak pelabuhan antarabangsa seperti Pelabuhan Klang,  Tanjung Pelepas, Bintulu dan Kuantan yang kita boleh diuruskan menjadi satu pakatan dengan pelabuhan di China.

"Melalui konsep ini ia akan mengurangkan karenah birokrasi dan seterusnya dapat meningkatkan daya saing kita," kata Presiden MCA itu selepas merasmikan Konvensyen MCA Negeri Johor di sini, Sabtu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong juga Timbalan Presiden MCA turut hadir.

Liow juga mengajak negara lain di ASEAN mewujudkan pakatan pelabuhan dengan China bagi melonjakkan aktiviti perdagangan dengan republik berkenaan.

Menurutnya, China juga telah banyak menyokong Malaysia dalam membangunkan pelabuhannya, termasuk Pelabuhan Kuantan di mana pelabur negara itu memiliki 40 peratus ekuiti.

Selain itu, katanya, China juga memberi sokongan dalam usaha Melaka membangunkan pelabuhan pelancongan di Melaka Gateway.

"Memorandum persefahaman yang ditandatangani antara Melaka dan wilayah Guangdong di China juga merupakan komitmen China dalam meningkatkan hubungan perdagangan antara kedua-dua," katanya.

China , Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Konsortium Yakin Rancang Buka 400 Halal Mart

Artikel Berkaitan

Kerajaan Sedia Langkah Proaktif Lindungi Ekonomi

Lebih Artikel

Yun Peng anak baik, dengar kata...

Jangan cuba ugut FAM!