suria

Khazanah Europe Investments Ltd Akan Buka Pejabat Di London

Javier Santiso

KUALA LUMPUR: Khazanah Europe Investments Limited (KEIL), anak syarikat Khazanah Nasional Bhd akan membuka pejabat di London sebagai sebahagian daripada strategi untuk menjadi lebih global dalam skopnya.

Dana pelaburan strategik kerajaan itu berkata, KEIL, yang akan diketuai Pengarah Eksekutif Javier Santiso, akan menawarkan nasihat sokongan kepada pelaburan di Eropah yang menjadi kepentingan strategik Khazanah.

Pejabat serantau KEIL di London akan mula operasi menjelang suku ketiga, bergantung kepada kelulusan kawal selia relevan, kata Khazanah dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Khazanah berkata, pejabat itu akan membantu syarikat meluaskan pembabitan dalam pasaran maju dan membolehkannya menilai peluang lebih baik dalam sektor dibolehkan teknologi.

Ia juga akan melengkapkan peningkatan agenda inovasi Malaysia dan bertindak sebagai jambatan untuk mengukuh kerjasama semasa dan masa depan.

Khazanah kini mempunyai pejabat serantau di Beijing, Mumbai, San Francisco dan Istanbul.

"Eropah mewakili satu lagi hab kukuh kepada firma teknologi dan syarikat baru bermula dan mempunyai banyak universiti terkemuka dengan kemudahan penyelidikan canggih.

"Negara Eropah menawarkan potensi besar yang boleh dimanfaatkan Khazanah, terutama dalam mempelbagaikan portfolio pelaburan kami dengan pasaran maju," kata Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar.

Setakat 30 Jun, pelaburan seberang laut Khazanah mempunyai 16.5 peratus  syarikat pelaburan dengan nilai aset boleh direalisasikan ((RAV) berjumlah RM144.1 bilion. 

Dari segi georafi, peratusn itu lebih besar dan mewakili 44 peratus RAV Khazanah.




Artikel Lain