suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MAHB Catat RM1.68 Juta Untung Sebelum Cukai Bagi Suku Kedua

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.68 juta bagi suku kedua berakhir pada 30 Jun, 2015 berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM37.73 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan bagaimanapun turun kepada RM939.96 juta daripada RM1.18 bilion sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pengendali lapangan terbang di seluruh negara itu berkata peningkatan dalam perolehan operasi lapangan terbang adalah berikutan kenaikan 42.7 peratus dalam perolehan aeronautikal, pada RM458.9 juta berbanding RM321.5 juta pada suku yang sama tahun lepas.

"Peningkatan dalam segmen ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan sebanyak RM110.5 juta daripada Lapangan Terbang Istanbul Sabiha Gokcen (ISG)," katanya.

Bagi dalam negara, pergerakan penumpang di lapangan terbang yang dikendalikan MAHB naik 1.2 peratus kepada 20.9 juta penumpang, dengan penumpang  domestik meningkat 2.6 peratus manakala pergerakan penumpang antarabangsa susut  0.4 peratus.-- Bernama

MAHB

Artikel Lain