AirAsia Kenakan Yuran KLIA2 Sebanyak RM3, MAHB Nafi Terlibat - Niaga | mStar

AirAsia Kenakan Yuran KLIA2 Sebanyak RM3, MAHB Nafi Terlibat

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Aireen Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Osman-Rani (kiri) pada sidang media selepas majlis penyampaian hadiah tweet terbaik kempen #noweveryonecanfly sempena operasi Air Asia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Jumaat.

SEPANG: AirAsia mengenakan bayaran sebanyak RM3 sebagai 'bayaran KLIA2' bagi setiap tiket yang ditempah pada Jumaat, bagaimanapun Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) menafikan pihaknya terlibat dalam mengenakan bayaran itu.

"Tiada sebarang bayaran untuk menggunakan KLIA2 oleh MAHB. Bayaran menggunakan lapangan terbang telah disekatakan dan semua syarikat penerbangan dikenakan bayaran yang sama di KLIA2," katanya dalam satu kenyataan. 

"Kami telah meminta AirAsia memberi penerangan lanjut mengenai bayaran tambahan sebanyak RM3 yang dikenakan kepada orang ramai," katanya ketika mengulas mengenai bayaran yang dikenakan oleh AirAsia itu. 

Pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar dalam satu temubual telah mengakui AirAsia telah memindahkan kos tersebut kepada semua penumpang syarikat penerbangan tersebut, untuk penerbangan domestik dan antarabangsa. 

"Kami telah membuat kira-kira berdasarkan kos yang dikenakan oleh MAHB. Bayaran sebanyak RM3 termasuk kos pembinaan 'aerobridge', sistem daftar masuk dan beberapa ciri baru yang diperkenalkan yang mana ia tidak ada di LCCT," katanya. 

Ketua Pegawai Eksekutif Azraan-Rani menegaskan kos tersebut oleh MAHB terhadap AirAsia dan mereka tidak mempunyai pilihan selain daripada memindahkannya kepada pengguna. 

"Dalam memelihara kepetingan bersama, kami tiada pilihan dan terpaksa menerima sistem daftar masuk yang telah disediakan oleh pihak berkuasa," katanya. 

Sebelum ini MAHB telah menetapkan setiap penumpang syarikat penerbangan harus membayar RM0.25 untuk kegunaan aerobridge, cukai lapangan terbang sebanyak RM6 bagi setiap pelepasan domestik dan RM3 bagi setiap pendaratan pesawat komersil yang harus dibayar oleh syarikat penerbangan," katanya.

AirAsia , KLIA2

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain