HAJAT sepasang suami isteri untuk berbuka puasa di luar terganggu apabila berlaku kejadian tidak disangka-sangka melibatkan anak kecil mereka.
Menurut wanita itu, dia sangat terkejut apabila seorang individu tidak dikenali secara tiba-tiba menyentuh anaknya dan kejadian itu disaksikan dia sendiri.
"Tolonglah, jangan sesuka hati je nak sentuh anak orang! Lebih-lebih lagi kalau awak tu strangers (orang asing). Kalau ahli keluarga atau kawan-kawan yang saya rapat okay lagilah," luahnya di laman sosial.
Seorang wanita berkunjung ke sebuah surau untuk menunaikan surat. -Gambar hiasan
Bercerita lanjut, kata wanita itu, kejadian yang menimpa anaknya itu berlaku ketika dia dan suami berkunjung ke sebuah pusat beli belah.
Menurutnya, ketika itu dia dan suami mahu menunaikan solat di surau yang disediakan pusat beli belah berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Selera terbantut! Suami isteri terperanjat anak duduk atas kerusi bayi ‘disambar’ staf restoran... Pandai-pandai dukung tak minta izin
ARTIKEL BERKAITAN: Bayi merengek dalam ‘stroller’, mak ayah berselera isi perut... Pelanggan meja sebelah gelisah, rasa nak tolong dukung
"Saya dan suami bawa baby kami sekali. Lepas selesai beli barang, saya dan suami mahu solat di surau di mall sebab nanti nak berbuka puasa kat luar. Jadi, tak perlu rushing.
"Lepas habis solat tu, suami pass baby kat saya untuk jaga sebab dia pun nak solat juga kan.
Dia tenung je anak saya, langsung tak cakap apa.
WANITA
"Bila saya bawa baby masuk surau mall tu tiba-tiba ada seorang stranger terus datang usap-usap kepala anak," ujarnya.
Bukan sekadar mengusap kepala, lebih mengejutkan pengunjung itu juga mahu mengangkat anaknya.
Seorang bapa mengawasi pergerakan anak kecilnya. -Gambar hiasan
"Dia siap minta nak dukung lagi. Sudahlah kasar pula tu. Saya macam, eh kau dah kenapa nak buat anak aku macam tu.
"Saya tahu mungkin ada orang yang memang sukakan baby, tapi boleh ke nak buat apa-apa tu minta izin dulu," jelasnya yang masih terkejut dengan insiden tersebut.
Tegasnya lagi, dia bimbang tindakan seperti itu apatah lagi melibatkan individu tidak dikenali akan memberi kesan buruk seperti penyakit.
"Bukan setakat penyakit je, saya risau ada 'benda' lain yang orang bagi nanti. Seram tau, dia tenung je anak saya, langsung tak cakap apa.
"Lepas je dia pergi, terus anak saya meragam, menangis tak henti-henti. Suami baca doa-doa, kemudian barulah perlahan-lahan anak berhenti menangis. Tak tahulah kenapa," katanya.
Masih menjadi tanda-tanya sehingga kini, dia bagaimanapun mengambil iktibar susulan kejadian itu.
"Dah, lepas ni kalau ada lagi (tiba-tiba datang sentuh anak), memang aku sound (tegur) je," katanya lagi.