KOMUNIKASI memainkan peranan penting dalam kehidupan suami isteri. Selain dapat mengatasi masalah kecurangan, ia membantu membina hubungan harmoni dalam perkahwinan serta menyelesaikan kemelut yang melanda. Namun tidak semua pasangan berjaya berkomunikasi dengan baik meskipun sudah hidup bersama selama bertahun-tahun. Di laman Facebook, seorang wanita meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila suaminya enggan menjawab panggilan mahupun membalas mesej yang dihantar. "Dah sebulan lebih suami tak jawab panggilan atau balas mesej saya. Apabila mesej, dia biarkan saja tanpa membalas apa-apa pun. Keluarga bahagia adalah impian setiap individu. -Gambar hiasan "Tapi kalau saya mesej untuk ingatkan dia tentang urusan anak-anak, dia buat juga... itupun saya dapat tahu dari kakak ipar," luahnya sayu. Meskipun terkilan dengan sikap suaminya, namun wanita yang enggan mendedahkan identiti ini mengakui segalanya berpunca daripada sikapnya sendiri. Menurutnya, tindakan silent treatment tersebut berlaku selepas suaminya mengetahui dia membuat komitmen tambahan tanpa melakukan perbincangan terlebih dahulu. Namun katanya, perkara itu dilakukan demi menampung segala kos perbelanjaan sedia ada. "Saya memang buat salah dengan dia tapi bukanlah curang. ARTIKEL BERKAITAN: Suami tunjuk perangai kejam, letak syarat tarik tuntutan nafkah jika mahu cerai... Isteri bingung fikir nasib anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah sering makan hati dapat suami kedekut, nafkah tak bagi... Kalau diberi RM10 sebulan pun dah bersyukur "Saya cuma tambah komitmen tanpa berbincang dengan dia untuk cover komitmen lain," tambahnya yang turut melakukan kerja sambilan. Dia yang tinggal berasingan atas tuntutan kerja turut mengakui bersungguh-sungguh memohon maaf. Namun malangnya, suami yang dikasihi tetap berkeras dan mendiamkan diri. Lebih menyedihkan apabila si suami turut mempertikaikan gajinya apabila dia meminta sedikit wang belanja ketika mengalami kekangan kewangan. Maklumlah, setiap wang gajinya dihabiskan untuk menanggung kos pinjaman kenderaan, pengasuh anak-anak serta komitmennya sendiri. Suami awak ambil kesempatan tu, jagalah mental awak dulu sis. WARGA MAYA "Memang tahu kewangan dia macam mana, cuma salah ke kalau sekali sekala, selang dua tiga bulan saya minta sebab dah kering. "Duit untuk cover makan minum saya sahaja. Tapi setiap kali lepas minta, dia akan marah tanya mana gaji saya. "Walhal pengasuh anak saya bayar 100 peratus, kereta yang bukan atas nama saya pun saya bayarkan. Duit belanja anak-anak pun saya bagi dan komitmen saya sendiri," luahnya lagi. Menurut wanita ini, situasi yang dialami itu membuatkan dia kadangkala ingin memutuskan ikatan perkahwinan yang terjalin. Namun, hasratnya itu terbatas apabila mengenangkan nasib dua anaknya yang baru berusia lima dan tujuh tahun. Warga maya tampil memberikan pandangan masing-masing. Luahan perasaan yang dibuatnya itu meruntun hati warga maya. Bagi pelayar wanita, kebanyakannya menasihati dia untuk membahagiakan diri sendiri dan anak-anak terlebih dahulu. Tidak kurang juga yang memintanya untuk tidak menanggung komitmen yang bukan di bawah tanggungjawabnya. "Tak payah bayar ansuran kereta. Duit tu kumpul untuk beli kereta sendiri, kalau kena tarik, bukan nama awak yang kena. Jadi, fokus untuk diri sendiri dengan anak-anak. "Duduk tenang-tenang dan atur bajet bersama. Masukkan semua bahagian hutang, komitmen, belanja dapur, anak-anak... baru boleh nampak duit pergi mana. "Suami awak ambil kesempatan tu, jagalah mental awak dulu sis," demikian nasihat warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube