suria

Sentuh dekorasi di mall, anak masuk hospital 5 hari terkena renjatan elektrik... Bapa cari jalan tuntut keadilan

Ibu bapa perlu memantau anak-anak bagi mengelakkan sebarang kejadian tak diingini. -Gambar hiasan

MALANG tidak berbau!

Seorang individu mendakwa anaknya terkena renjatan elektrik selepas memegang dekorasi di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang ketika Ramadan lalu.

Menerusi hantaran di Facebook, dia juga mendakwa tiada sebarang notis amaran diletakkan oleh pihak pusat beli-belah di sekitar dekorasi itu.

Posed picture of child abuse for news. — YAP CHEE HONG/The Star

Anak kecil berisiko mengalami trauma akibat kejadian menakutkan. -Gambar hiasan

"Waktu Ramadan tu kita sedia maklum mall semua akan ada dekorasi raya. Waktu saya sekeluarga pergi ke mall tu, saya tengah duduk di kerusi sekitar deko raya sambil anak-anak saya bermain di sekitar deko tersebut.

"Untuk makluman, deko raya tu kawasan umum, siap ada tempat duduk dan tak ada pula letak tanda awas, bahaya dan sebagainya. Tapi nasib tak menyebelahi anak saya. Anak saya yang berusia enam tahun terpegang salah satu deko pelita raya tersebut.

"Anak saya terkena renjatan elektrik daripada pelita raya yang dipasang. Lepas anak saya kena, saya terus bawa dia ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), ditahan tiga hari sebelum dipindahkan ke wad biasa selama dua hari," dakwanya.

Kesan kena elektrik tu, anak saya sekarang dah macam trauma.

PENGADU

Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, anaknya masih lagi mengalami trauma akibat kejadian malang pada Ramadan lalu.

Dalam hantarannya menerusi grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM), individu itu turut bertanya tentang tindakan yang boleh diambil terhadap pusat beli-belah berkenaan.

"Kesan kena elektrik tu, anak saya sekarang dah macam trauma. Tidur malam pun kadang menangis sebab termimpi jatuh masa kena elektrik tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak jatuh kerusi sampai patah kaki, bapa salahkan kedai perabot... Cari jalan nak tuntut ganti rugi - “Tak sampai sebulan beli!”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak maut kena renjatan elektrik di asrama universiti, bapa tuntut ganti rugi RM3 juta

"Soalan saya, boleh ke saya nak tuntut ganti rugi daripada pusat beli-belah itu? Saya dah tanya beberapa kali dekat pengurusan pusat beli-belah tapi sampai sekarang tak ada apa-apa jawapan.

"Saya harap dapat pembelaan sedikit untuk anak saya," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, seorang peguam tampil berkongsi langkah-langkah yang boleh diambil oleh pengadu dalam mencari keadilan buat anaknya.

trauma 3

Pelbagai risiko menanti jika kanak-kanak dibiarkan tanpa pengawasan. -Gambar hiasan

"Lantik peguam dan pada masa yang sama kumpulkan semua bahan bukti yang ada seperti laporan perubatan daripada hospital yang merawat anak, kamera litar tertutup (CCTV) kejadian sekiranya masih ada, senarai saksi dan juga hantar anak kepada pakar psikiatri kanak-kanak untuk mendapatkan laporan tentang trauma yang dialami anak dan juga kesan jangka panjang," ujar peguam itu.

Dia turut menasihati pengadu supaya menghantar notis tuntutan kepada pusat beli-belah berkenaan.

Tambah peguam itu, pengadu juga boleh memfailkan saman di mahkamah secara sivil untuk mendapatkan pampasan dan ganti rugi bagi pihak anaknya.

"Saman tersebut boleh untuk klausa tindakan kecuaian dan juga occupiers liability antara lain," tulis peguam itu di ruangan komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain