suria

“Hangus tiket harga RM500 lebih” - Pelajar kolej keliru ‘boarding pass’ tak tulis AM atau PM, terlepas penerbangan Sandakan-KL

Kisah penumpang terlepas penerbangan itu tular di media sosial.

HARGA tiket penerbangan biasanya akan meningkat setiap kali tibanya musim cuti atau perayaan.

Situasi sama turut dirasai di Malaysia, apatah lagi buat anak perantau yang berasal dari Sabah dan Sarawak.

Terbaharu, seorang pemuda tular selepas dia berkongsi kisah adiknya yang terlepas penerbangan dari Sandakan ke Kuala Lumpur pada Isnin.

A general crowd situation inside the Kuala Lumpur International Airport, KLIA. Story on the airport tax increase will hurt tourism. — FAIHAN GHANI/The Star

Penumpang perlu menyemak waktu penerbangan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. -Gambar hiasan

Dakwa pemuda itu, adiknya terlepas penerbangan gara-gara kekeliruan yang timbul disebabkan sistem masa yang digunakan oleh sebuah syarikat penerbangan.

"Ramai orang Sandakan tertinggal flight ke semenanjung. Baru perasan ada juga penerbangan 1.15 pagi dari Sandakan ke Kuala Lumpur.

"Aku ingatkan adikku saja tertinggal flight, rupanya ramai. Dalam boarding pass juga tidak ditulis AM atau PM.

Bukan ke sewaktu kita beli tiket, kita sendiri pilih waktu flight? Kiraan masa dalam website tu pun guna 24 jam?

NETIZEN

"Hanya ditulis 1.15, tidak semua orang boleh tahu kiraan jam begitu pagi atau petang. Automatik hangus tiket harga RM500++," ujar individu itu di Facebook.

Bercerita lanjut, pemuda itu berkata mereka membuat semakan untuk membeli tiket baharu pada hari kejadian, namun harganya cukup mengejutkan.

"Apabila check harga hari ni tiket RM1,200. Masya-Allah. Kepada kawan-kawan yang balik kampung, semak tiket flight betul-betul.

ARTIKEL BERKAITAN: Malu dalam pesawat! Anak meronta di kerusi, ketua kabin enggan beri infant belt... kapten buat pengumuman halau keluar

ARTIKEL BERKAITAN: Mengeluh tiket flight balik Sabah, Sarawak cecah RM5,000! Individu dedah ‘punca’, ada kaitan dengan Singapura

"Jangan sampai macam kes adik aku ni terlupa tengok waktu penerbangan. Moga kalian selamat sampai di tempat yang dituju," ujarnya sambil menambah adiknya terpaksa memanjangkan cuti ekoran kejadian berkenaan.

Perkongsian pemuda itu tentang nasib adiknya yang juga merupakan seorang pelajar di sebuah kolej di Bangi, Selangor bukan sahaja dihujani pelbagai komen, malah ia turut ditularkan sehingga ke laman X.

"Bukan ke sewaktu kita beli tiket, kita sendiri pilih waktu flight? Dan kiraan masa dalam website tu pun guna 24 jam?

"Penerbangan guna sistem 24 jam. Kalau 1 tengah hari, dia akan guna 1300.

"Airlines memang guna sistem 24 jam, bukan 12 jam yang ada AM/PM," ujar netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain