suria

Wanita tak suka dengar sahabat beri pendapat jujur, ‘sentap’ jika teguran tak berlapik... Perlu jaga hati walau dah lama kawan

Apabila bersahabat perlulah saling menjaga hati dan perasaan. -Gambar hiasan The Star

MEREKA yang peramah, gemar berkawan dan sentiasa berfikiran terbuka biasanya disenangi kebanyakan orang.

Namun, ada juga individu yang kurang selesa dengan sikap seperti itu atas beberapa faktor.

Seperti wanita ini, dia menceritakan pengalaman bersahahat dengan seorang individu yang suka memberikan ‘buah fikiran’ tanpa diminta.

Katanya, pandangan yang diberikan itu ada masanya mengguris hati dan perasaan orang lain yang akhirnya berkecil hati.

Meluangkan aktiviti bersama rakan baik pastinya menggembirakan. -Gambar hiasan The Star

Meluangkan aktiviti bersama rakan baik pastinya menggembirakan. -Gambar hiasan The Star

“Aku suka je berkawan. Tapi ada sebab kenapa aku pilih circle dan tak rapat dengan semua orang... sebab aku tak suka jenis kawan yang rasa dia ada hak untuk bercakap ikut suka hati dia.

“Macam kalau dia nak bagi pendapat, dia main cakap je tanpa fikir adakah perkara tu perlu atau akan melukakan hati orang lain,” ujarnya menerusi hantaran di laman X.

Menurut wanita ini lagi, dia juga tidak dapat menerima teguran mahupun nasihat yang diberikan individu tersebut yang dirasakan berbaur sinis serta menghina.

Malah katanya, individu tersebut juga seolah-olah tidak berasa bersalah dengan sikap yang ditunjukkan meskipun sudah terdapat rakan yang cuba menjauhkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekawan nekad botak kepala, solidariti demi sahabat susah senang... Tak sangka ramai pejuang kanser mengalir air mata

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu tak rapat, kini sahabat! Sebungkus nasi goreng kampung buat lelaki ini terharu, member kenang kisah jatuh tangga

“Kalau kau nak bagi nasihat, boleh. Tapi janganlah ayat tu sampai nak menghina. Kau kawan aku dan aku pilih kau untuk rapat dengan aku.

“Jadi, aku sangkakan kau akan tahu diri aku luar dan dalam.

“Aku berkecil hati, okay. Terutama dengan orang yang aku sayang. So jangan ikut sedap kau nak down mood orang lain,” katanya.

Dia juga berpandangan, ungkapan ‘mulut je jahat tapi hati baik’ adalah tidak wajar kerana tutur kata dan tingkah laku mencerminkan peribadi seseorang.

Aku pun tak mahu berkawan dengan orang yang jenis macam ni sebab memanjang je asyik kena jaga hati.

WARGA MAYA

“Tak suka orang yang label diri sendiri, 'aku ni mulut je macam ni tapi hati baik'.

“Kalau hati baik kau tak akan cakap buruk pasal orang terutama kawan kau sendiri,” luahnya lagi.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Ramai berkongsi pengalaman sama dan menyifatkan ‘gurauan’ berlebihan tidak sepatutnya berlaku meskipun ikatan persahabatan telah lama terjalin.

Warga maya turut berkongsi pandangan masing-masing.

Warga maya turut berkongsi pandangan masing-masing.

“Orang nak tegur pun kena ada adab, kalau betul-betul kita buat salah barulah beritahu. Ini kita nampak gemuk sikit pun cakap kita gemuk, keputusan kita down sikit pun cakap 'kau kenapa makin teruk je result'.

Unfollow, unfriend dan sekat jika perlu. Umar bin Khattab berkata, jauhkan diri daripada orang yang menyakitimu.

“Aku suka je berkawan tapi tetap my circle small. Kawan just macam tu je sebab aku takut tercakap benda yang orang tak suka atau orang cakap pasal benda yang aku tak suka. Best friend aku adalah siblings sendiri.

“Kalau aku, lebih baik dia cakap perkara yang menyakitkan hati kat depan daripada yang cakap kat belakang,” ujar beberapa warga maya.

Segelintir pelayar lagi beranggapan wanita ini seorang yang narsisistik dan mudah ‘sentap’ sehingga rakan-rakan sentiasa perlu menjaga hati.

“Aku pun tak mahu berkawan dengan orang yang jenis macam ni sebab memanjang asyik kena jaga hati.

“Jenis-jenis perempuan yang nak orang puji sentiasa dan apabila orang tegur buruk, dia tak boleh terima,” ujar segelintir netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain