suria

Lelaki selamba makan dalam tren, santai-santai buka kasut... Dah tegur tapi tak ‘jalan’, ramai harap pihak berkuasa campur tangan

Penumpang tren yang tular di laman X kerana melanggar peraturan serta tidak mempunyai 'common sense'. -Gambar media sosial

UMUM mengetahui setiap pengangkutan awam mempunyai peraturan tersendiri.

Sebagai pengguna, kita bukan hanya perlu peka dengan peraturan yang ditetapkan, tetapi perlu mempunyai common sense memandangkan ia adalah untuk kegunaan bersama.

Namun begitu, masih ada lagi segelintir individu yang tidak peka ketika menggunakan pengangkutan awam sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengguna yang lain sebagaimana yang tular di media sosial ketika ini.

Menerusi perkongsian seorang individu di laman X, dia memuat naik gelagat seorang penumpang tren yang tidak segan silu menikmati makanan di tempat duduknya tanpa menghiraukan penumpang lain.

Tidak sekadar itu, gelagat lelaki yang sama turut dirakam pada hari berbeza memaparkan dia yang berpakaian kemas seperti bekerja di pejabat, meletakkan beg pada kerusi sebelah tempat duduknya selain menanggalkan kasut.

tren 2

Penumpang yang sama didakwa enggan membenarkan penumpang lain duduk dengan meletakkan beg miliknya di kerusi bersebelahan.

"The most problematic train rider in Malaysia. (Penumpang tren paling bermasalah di Malaysia)," tulis individu yang berkongsi hal berkenaan.

Sehingga kini perkongsian yang dibuat pada Sabtu meraih lebih 6,800 ulang kicau.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan pura-pura tidur, mahu terus kuasai 'katil' kereta api

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh 2 penumpang MRT di Singapura ‘bertekak’, pemuda disuruh balik Malaysia... “Jangan datang untuk dapatkan dolar”

Sementara itu di ruangan komen juga 'meriah' dengan kecaman netizen yang geram dengan gelagat angkuh penumpang dewasa berkenaan.

Malah ada seorang netizen yang kebetulan berada di dalam tren yang sama memaklumkan, penumpang lain serta kakitangan tren sudah menegur lelaki berkenaan namun tidak dihiraukan.

"For those yang cakap tak tegur ke, saya berada di dalam tren sama lelaki ini sebelum ini. Ramai orang tegur dia, even RapidKL staff tegur dia, tapi dia buat tak tahu. Ingat, kita rakyat Malaysia bertamadun dan takkan sampai cederakan atau hina orang kerana benda seperti ini," kata netizen berkenaan.

sampah 1

Ada orang awam mendakwa lelaki yang sama membuang sampah di sebuah kedai kopi.

Dalam pada itu, ada juga yang terus membuat pautan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke serta pihak berwajib untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang enggan mengikut peraturan.

"Dear @anthonyloke. Perkara ini menyusahkan rakyat kita, mohon ambil tindakan. Adalah tidak dibenarkan untuk makan di dalam LRT atau MRT.

"Pihak berkuasa tak boleh buat apa-apa ke? Aku syak orang tua ni tak kerja, merayau sana-sini, dan ada masalah mental," demikian antara komen netizen.

Ramai orang tegur dia, even RapidKL staff tegur dia, tapi dia buat tak tahu.

NETIZEN

Seorang netizen lain pula turut berkongsi rakaman memaparkan lelaki yang sama, membuang sampah ketika bersantai di sebuah kedai kopi terkenal.

"Terjumpa lelaki ini di 1Utama dan melihatnya membuang sampah di Coffee Bean. Tidak membeli apa-apa, hanya duduk, membuang sampahnya di atas lantai dan meja, kemudian pergi," tulisnya.

"Saya tertanya-tanya jika dia tahu dia kini terkenal di internet," demikian antara komen netizen lain.

komen tren

Antara komen pengguna laman X yang mengecam gelagat lelaki berkenaan.

Sebagai maklumat tambahan, MyRapidKL menggariskan beberapa larangan kepada pengguna ketika berada di stesen dan tren, antaranya membawa haiwan, menghisap rokok atau rokok elektronik, makan dan minum, meminta sedekah, tidur dan berkelakuan tidak sopan.

Denda atau tindakan yang sewajarnya akan dikenakan atas kesalahan yang dilakukan tertakluk kepada peraturan yang dinyatakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi