suria

Ngeri! Lelaki berlumuran darah, dikelar ketika joging seorang diri di Shah Alam... Perompak aktif seawal pukul 6 pagi

Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian pergelangan tangan akibat dikelar penyerangnya. -Gambar Twitter

RUTIN seorang lelaki yang gemar bersenam pada awal pagi bertukar menjadi detik ngeri apabila dia diserang individu tidak dikenali, didakwa mahu merompak.

Kejadian menimpa lelaki berkenaan menjadi tular sejak Khamis selepas dikongsikan oleh seorang pelayar, @zaraazameen di laman X.

Menerusi ciapan berkenaan, mangsa yang berusia sekitar 40an mengalami kecederaan yang agak parah pada bahagian tangan akibat dikelar penyerangnya.

"Hati-hati warga Shah Alam yang suka joging seorang diri waktu pagi! Kawasan rumah aku Seksyen 27 ada yang kena kelar time joging pukul 6 pagi sebab ada orang nak rompak," tulisnya.

Selain gambar mangsa yang mengalami kecederaan dan berlumuran darah, pelayar tersebut turut memuat naik imej tangkap layar perbualan daripada grup Whatsapp yang mengesahkan kejadian berkenaan.

jog 2

Untuk mengelakkan kejadian tak diingini, orang ramai disarankan untuk tidak beriadah bersendirian. -Gambar hiasan

Daripada perbualan berkenaan, difahamkan mangsa yang merupakan seorang lelaki Melayu diserang sekitar pukul 6 pagi hingga 6.30 pagi di hadapan Sekolah Kebangsaan Seksyen 27, berhampiran dengan kawasan perumahan Laman Seri, Shah Alam.

"Pukul 6 pagi tu maybe sebab gelap lagi dan dia dekat kawasan perumahan yang dekat dengan sekolah, so maybe waktu tu tak banyak kereta lagi.

"Orang pun belum lalu lalang nak hantar anak sekolah jadi perompak berani nak rompak. Kalau dia jog lewat sikit time budak masuk sekolah maybe selamat sikit," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Laluan joging awam dibuat kebun siap pagar! Penduduk setempat terpaksa ke tempat lain untuk rekreasi

ARTIKEL BERKAITAN: Demi ikut trend, jurulatih kecergasan risau tengok orang Malaysia joging pakai sweater tebal macam di overseas... boleh kena strok haba

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut mengenai tahap kecederaan mahupun kerugian yang dialami mangsa atau tindakan susulan kejadian berkenaan.

Pelayar tersebut dalam pada itu turut menitipkan pesanan kepada warga maya khususnya golongan wanita yang gemar beriadah bersendirian.

Kawasan rumah aku pula ada orang baling asid... mangsa perempuan muda, gila dah manusia sekarang ni.

NETIZEN

"Hati-hati especially perempuan. Yang ni lelaki pun kena. Kalau perempuan tak tahulah.

"Aku rasa perempuan kalau nak joging pagi, joging dalam taman perumahan je la... itu pun yang jenis guarded. So orang luar tak boleh masuk.

"Lepastu joging la waktu cerah sikit time orang dah busy keluar kerja. Bahaya joging dekat jalan besar seorang diri okay," pesannya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya saling memberi peringatan agar lebih mementingkan keselamatan lebih-lebih lagi sekiranya berseorangan.

komen kelar

Komen warga maya terhadap perkongsian berkenaan.

"Allahuakhbar! Lepas ni kalau nak joging juga, cari kawasan yang ada tumpuan orang ramai. Atau indoor like gym.

"Kesian weh pagi-pagai keluar nak berjoging, last-last jadi begini. Kejam... kejam.

"Kawasan rumah aku pula ada orang baling asid. Mangsa perempuan muda. Gila dah manusia sekarang ni.

"Ingat anjing yang bahaya. Rupanya manusia berperangai anjing ni lagi bahaya," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain