suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buat sendiri baja, guna kaedah ‘cat batang’ untuk durian cepat berbuah... 3 tahun dah dapat hasil

Durian dikatakan mula berbuah seawal usia tiga tahun jika menggunakan cara diajarkan. -Gambar hiasan (kanan)

HARGA 'raja buah' yang semakin mahal menyebabkan ramai yang sudah mula menanamnya walaupun hanya sepokok.

Meskipun mudah ditanam dan tumbuh, namun ada sesetengah pokok yang 'degil' untuk mengeluarkan buah walau sudah mencapai usia matang.

Lebih membingungkan apabila pelbagai jenis petua dan baja sudah ditabur, namun tetap tiada hasil.

Anda yang mengalami masalah ini bolehlah mencuba tip yang dikongsikan @mama_ieoau di laman TikTok.

Menurutnya, kaedah ini telah dilakukan oleh bapanya untuk beberapa batang pokok durian.

Campuran yang terhasil daripada gabungan tiga bahan ini.

Campuran yang terhasil daripada gabungan tiga bahan ini.

Malah katanya, pokok durian yang baru berusia tiga tahun juga sudah mula berbuah.

Cara-cara:

1. Kisar umbut pisang bersama ubi kentang.

2. Kemudian tapis dan ambil airnya sahaja.

3. Campurkan larutan tadi bersama serbuk perasa dan tepung beras. Gaul hingga sebati.

4. Apabila sudah sebati, sapu pada batang pokok seperti sedang mengecat dinding.

5. Biarkan sehingga kering supaya ‘zat’ sebatian tadi meresap masuk dalam pokok melalui kulit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia