suria

Tengah memandu, brek tiba-tiba rosak! Ketahui tindakan yang dilarang dan apa patut anda lakukan

Pemandu tentu akan panik apabila brek tiba-tiba rosak ketika memandu.

BREK merupakan komponen penting pada kenderaan kerana fungsinya untuk mengelakkan sebarang masalah ketika pemanduan.

Meskipun diselenggara dengan baik dan mengikut jadual yang disyorkan, elemen dalam sistem permotoran ini juga boleh gagal berfungsi pada bila-bila masa.

Apa yang membimbangkan apabila kerosakan brek berlaku ketika kita sedang meluncur laju di jalan raya.

Senario ini mungkin jarang berlaku, namun sebagai pemandu, anda perlu mengambil tahu langkah-langkah keselamatan yang boleh dilakukan ketika berdepan masalah ini seperti dikongsikan @chegeceping1.

Melanggar pembahagi jalan bagi memberhentikan kenderaan adalah salah dan membahayakan.

Melanggar pembahagi jalan bagi memberhentikan kenderaan adalah salah dan membahayakan.

1. Jangan langgar guardrail

Ramai yang beranggapan tindakan melanggar 'guardrail' atau pagar pembahagi jalan dapat membantu memperlahankan kenderaan, namun ia sebenarnya mengundang bahaya.

Tambahan pula, terdapat banyak kes kemalangan maut membabitkan kenderaan terlanggar pagar pembahagi jalan.

2. Tidak dibenarkan terjun dari kenderaan

Sesetengah individu mengesyorkan pemandu terbabit untuk membuka pintu dan terjun dari kenderaan.

Tindakan ini bukan sahaja membahayakan malah anda seolah-olah menggadai nyawa sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

Kenderaan cenderung hilang kawalan dan terbalik jika brek tangan ditarik secara tiba-tiba.

Kenderaan cenderung hilang kawalan dan terbalik jika brek tangan ditarik secara tiba-tiba.

3. Jangan tarik brek tangan secara mengejut

Brek tangan turut berfungsi menghalang pergerakan sesebuah kenderaan.

Bagaimanapun, jika anda menariknya dengan pantas semasa kenderaan sedang bergerak laju, ia akan menyebabkan kereta yang dipandu hilang kawalan sehingga terbabas dan terbalik.

4. Pastikan lampu hazard dinyalakan

Segera nyalakan lampur hazard supaya pemandu lain peka dan tahu bahawa kenderaan anda mengalami masalah.

Pegang dan kawal stering kereta bagi mengelakkan kenderaan menyimpang dari landasan.

Pegang dan kawal stereng kereta bagi mengelakkan kenderaan menyimpang.

5. Kukuhkan kawalan pada stereng kereta

Kenderaan yang bergerak laju cenderung untuk hilang kawalan.

Jika anda berdepan situasi ini, gunakan tangan kanan untuk mengawal gerakan stereng supaya kenderaan tidak terbabas atau menyimpang ke laluan lain atau lorong bertentangan.

6. Tarik dan lepaskan brek tangan berulang kali

Lakukan gerakan tarik dan lepaskan brek tangan berulang kali sehingga kenderaan anda bergerak perlahan.

Kaedah ini seterusnya dapat membantu memberhentikan kenderaan anda dengan lebih selamat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain