suria

Tak sampai 24 jam iklan diri, doktor gigi klinik swasta jumpa calon jodoh! Lega dapat gadis BMI stabil, sudi terima ‘Jawa totok’

Arep memilih untuk mencari pasangan di media sosial.

BUDAYA mengiklankan diri di media sosial demi mencari jodoh seakan sudah menjadi trend.

Melihat daripada sudut positif, ramai yang berjaya mendapatkan pasangan daripada pelbagai platfom dan hidup bahagia hingga ke akhir hayat.

Tidak terkecuali seorang pelayar Twitter menggunakan nama Arep Jawa yang memilih untuk mendapatkan pasangan dengan cara mengiklankan diri di platform berkenaan.

Menerusi ciapan yang dibuat, dia menyatakan ia adalah jalan terakhir untuk mendapatkan isteri selepas didesak ibunya.

Arep berkongsikan perihal diri dan kriteria pasangan yang diingininya di Twitter.

Arep berkongsikan perihal diri dan kriteria pasangan yang diingininya di Twitter.

"Bismillah. Ini adalah jalan terakhir... ibu asyik tanya aku tak ada pasangan ke, tahun depan nak masuk 30 tahun. Ibu ni hari itu bukan main tak lepaskan aku, sekarang dia yang beriya.

"Semoga @TwtJodohMY dapat membantu. Kalau berminat, tegak DM (direct message) tak perlu berbunga-bunga," luahnya.

Tidak lama selepas 'iklan' tersebut tular, dia kembali memuat naik status dengan menyatakan sudah berkenalan dengan seseorang.

Pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi menghubunginya untuk berkenalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam ‘buy 1 free 1’! Dua sahabat dari Pantai Timur iklan diri mahu hidup bermadu, lelaki yang berminat boleh cuba nasib

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu 5 anak iklan diri di media sosial, cari suami teman borak hingga akhir hayat - “Saya dah tua, tapi layak bahagia”

"Alhamdulillah, aku sekarang sedang berkenalan dengan seseorang.

Terima kasih sangat untuk kalian yang sudi mesej dan nak berkenalan... aku doakan urusan kalian dalam pencarian jodoh dipermudah Allah.

"Sekali lagi terima kasih dan minta maaf ya," ujarnya lagi.

Berkongsi cerita kepada mStar, doktor gigi itu berkata, individu yang sedang dikenalinya itu menepati kriteria yang ditetapkan antaranya berat badan ideal (BMI) yang stabil, memiliki pekerjaan tetap dan umur tidak melebih 29 tahun.

Arif bergambar bersama ibunya semasa raya baru-baru ini.

Ibunya berasal dari Jawa Timur.

"Saya melihat kepada senarai kriteria yang saya tetapkan dan dia berjaya memenuhi kriteria tersebut.

"Kemudian, saya juga berdiskusi bersama ibu tentang pilihan yang bakal saya buat kerana saya percaya, sebuah perkahwinan bukan setakat penyatuan dua insan istimewa tetapi melibatkan dua buah keluarga," katanya.

Dia yang ingin dikenali sebagai Arif berkata, melihatkan raut wajah, ibunya seakan bersetuju dengan pilihan yang dibuat itu.

Malah katanya, pada masa sama dia yakin dengan takdir Tuhan kerana sudah hampir setahun berdoa di samping melakukan solat istikharah setiap hari.

Saya percaya ini mungkin salah satu jawapan Tuhan daripada istikharah saya.

AREP JAWA

Bercerita tentang wanita yang berjaya menambat hatinya, anak kelahiran Kota Tinggi, Johor ini menyatakan satu perasaan yang sukar digambarkan terdetik semasa pertama kali melihat wajah dan menerima mesej.

"Perasaan yang hanya difahami oleh mereka yang sedang mabuk cinta mungkin?

"Saya percaya ini mungkin salah satu jawapan Tuhan daripada istikharah saya... apa pun, saya follow the flow tapi mungkin (perkenalan) dalam setahun," katanya lagi yang sudah dua tahun bergelar doktor gigi.

Arif berketurunan Jawa dan meminati barang klasik.

Arif berketurunan Jawa dan meminati motosikal klasik.

Dalam pada itu, dia yang kini berusia 28 tahun turut meluahkan rasa kecewa dengan komen negatif yang diterima.

Malah kata anak sulung daripada dua beradik itu, dia tidak memilih aplikasi dating kerana mahu kecilkan pilihan.

"Langsung tak terfikir viral begini. Saya tak rasa memalukan pun.

"Saya memilih untuk mengiklankan diri kerana hanya sekadar ingin mencuba nasib seperti sahabat-sahabat lain yang menggunakan aplikasi cari jodoh," luahnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain