suria

Jurutera Malaysia dedah ‘trick’ dapat gaji RM41,000 di Singapura, modal air liur je! Paling penting kena buat-buat sibuk depan bos

Usaha keras di samping kepakaran yang dimiliki akan menjamin pendapatan lumayan. -Gambar hiasan

BUKAN mudah untuk seseorang individu meraih pendapatan tinggi sehingga tahap lima angka dalam sebulan tanpa kerja keras.

Selain berusaha tanpa lelah, mempunyai kemahiran atau kepakaran tertentu juga menjadi bonus yang menyumbang kepada pendapatan lumayan.

Namun berlainan pula dengan kisah seorang individu ini yang mendedahkan dia mampu meraih pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit bermodalkan 'kepakaran' yang bukan biasa-biasa.

JURUTERA new

Sebahagian daripada perkongsian lelaki berkenaan.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook MalaysianPAYGAP, lelaki Malaysia berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pengurus kejuruteraan dalam sektor perbankan di Singapura mendedahkan, dia sendiri tidak tahu apa yang dilakukannya selama bekerja di syarikat itu selama 10 tahun hingga sekarang.

Jangan terkejut, pendapatan bulanannya mencecah SGD12,000 (RM41,000) malah memperoleh bonus sehingga dua hingga empat bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja terharu bos beri hadiah selepas berjalan lebih 22km ke tempat kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengeluh kerja dengan Gen Z! Manja, ditegur cepat sentap... Tahu-tahu resign, sindir senior di media sosial

"Saya hanya ada pengetahuan asas CI/CD (Continuous Integration/Continuous Delivery) dan beberapa perkara tentang teknologi.

"Malah perlu buat carian di Google untuk menggunakan asas Jira (perisian).

"Jadi bagaimana saya bertahan? Saya mendapati diri saya cukup pandai membuat orang lain menganggap saya pakar walaupun tidak mengetahui apa-apa.

"Saya pandai bercakap tentang sesuatu, pandai membuat road map yang dirancang dengan baik seperti difikirkan oleh perniagaan sebagai pelan induk, namun ia tidak pernah berkesan," kongsinya.

Tak halal... nanti kena jawab di hari kemudian.

NETIZEN

Selain itu, lelaki berkenaan juga tidak malu mendedahkan dia bijak 'menjual air liur' untuk kelihatan hebat di hadapan majikan malah sentiasa berpura-pura sibuk.

"Bagaimana pula saya laksanakan kerja? Saya pastikan pelaksanaan projek kelihatan sangat rumit dan minta bajet untuk mengupah pakar.

"Ya, saya membayar kontraktor 20 peratus hingga 30 peratus lebih tinggi, dia menyelesaikan kerja, saya mendapat kredit dan begitulah cara saya bekerja tanpa mengetahui apa-apa," dedahnya lagi.

Pada akhir perkongsiannya, lelaki tersebut mengakui sungguhpun mendapat gaji yang tinggi, namun dia tidak merasa kepuasan memandangkan semuanya diperoleh tanpa kepakaran sebenar.

KOMEN JURUTERA

Antara komen netizen yang mempertikaikan soal keberkatan gaji lelaki berkenaan.

Menjengah ruangan komen, ada antara netizen yang membangkitkan soal keberkatan rezeki yang diperoleh dengan cara sedemikian.

"Tak halal... nanti kena jawab di hari kemudian.

"Sebab itu aku tak nak jadi EM (Pengurus Jurutera). Tapi based on (berdasarkan) cerita dia ni, kau dah tahulah EM tak tahu apa-apa... berlakon je.

"Amazing... sometimes I wish I had to talk cock skill (Menakjubkan, kadang kala saya harap dapat kemahiran cakap besar)," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain